Saturday, 3 January 2015

PROGRAM CID



 LAPORAN PROGRAM 'CHEMISTRY INTELECTUAL DISCOURSE'
SEM 2, 
SESI 2013/2014
KOLEJ MATRIKULASI KEDAH



  1. PENGENALAN
Chemistry intelectual discourse (CID) adalah satu program yang dilaksanakan di Unit Kimia yang melibatkan semua pensyarah unit Kimia. Ia merupakan wadah dimana semua idea tentang subjek kimia dibincangkan. Penglibatan semua pensyarah kimia adalah wajib.

  1. OBJEKTIF
Program ‘Chemistry Intelectual Discourse’ yang dijalankan adalah mempunyai objektif seperti berikut:                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                         
i.                    Memantapkan penguasaan kandungan mata pelajaran Sains Kimia.
ii.                  Memberi pendedahan kepada pensyarah tentang pelbagai kaedah mengajar subjek Sains Kimia
iii.                Membetulkan miskonsepsi subjek kimia dalam kalangan pensyarah dan berkongsi input baharu.
iv.                Meningkatkan tahap penguasaan Bahasa Inggeris dalam process pengajaran dan bembelajaran.

  1. KUMPULAN SASARAN
Program ini melibatkan 43 orang pensyarah unit Kimia.

                                                                                
  1. PELAKSANAAN
i.            Kumpulan kumpulan pensyarah telah dibentuk terdiri dari 3 orang pensyarah dengan seorang pensyarah DG 48 atau DG 52 sebagai ketua. Setiap kumpulan bertanggungjawab kepada satu tajuk subjek Kimia silibus semester 2.  Setiap kumpulan berbincang sesama ahli dan menyediakan catatan atau miskonsepsi dan bersedia dengan jawapan jika perlu mengikut skema pemarkahan. Pensyarah SME berperanan sebagai penyelaras dan fasilitator. Penilaian oleh peserta dilakukan sepanjang aktiviti berlangsung dengan mengisi borang yang diedarkan. Di hujung sesi aktiviti tersebut borang dikumpulkan dan dianalisis (lampiran)
ii.                  Tempoh pelaksanaan selama 1 semester
Hari                 : Rabu
Masa                : 3.00 – 4.00 petang
Tempat            : Dewan Bangkuet

  1. ANALISIS KEHADIRAN PESERTA
TARIKH
11/12/13
1/1/14
8/1/14
15/1/14
19/2/14
12/3/14
26/3/14
2/4/14
BIL HADIR
34/43
34/43
40/43
31/35
34/43
36/43
37/43
35/43
BIL TIDAK HADIR
9/43
9/43
3/43
4/35
9/43
7/43
6/43
8/43
PERATUS HADIR
79.07%
79.07%
93.02%
88.57%
79.07%
83.72%
86.05%
81.39%

Kehadiran 100% dipamerkan oleh 18 orang pensyarah iaitu Pn Irdawaty b. Idris, Cik Lee Hooi Hong, Pn Norasyikin b. Ismail, Minnarthini a/p Subramaniam, Cik Lim Sook Ling, Pn Suhaila Hanim bt. Shaari, Pn Zurina bt. Johari, En Muhammad Haziq B. Mohd Redzuan, Pn Siti Mariam bt. Ghazali, Pn Rodziah b. Ismail, Cik Maishara bt. Mohamad Sharif, Pn Wan Syafinas bt. Wan Salim, En Mohd Puadli b. Mahmud, Pn Siti Marini bt Ismail, Pn Harlina Shakila bt Harun, Pn Hashimah bt Yon, Cik Yusnita bt Yusof dan Pn Maira bt Mahmad.
Ketidakhadiran pensyarah lain adalah bersebab antaranya cuti bersalin, MC, CRK dan tanpa sebab (tiada maklum balas).

  1. ISU BERBANGKIT
Bab 8
Reaction Kinetics
Pelaksanaan 
Isu
Tidak direkodkan -  Rujukan sendiri
11/12/13
Bab 9.0
Thermochemistry
1/1/14
Isu
Tidak direkodkan
Rujukan sendiri
Bab
10.0
Electrochemistry
1/1/14
Isu
Tidak direkodkan
Rujukan sendiri
Bab 11.0
Introduction to Organic Chemistry
8/1/14
Isu
Tidak direkodkan
Rujukan sendiri


Bab 12.0
Hydrocarbons
15/1/14
Isu
Tidak direkodkan
Rujukan sendiri
Bab 13.0
Benzene and its derivatives
19/2/14
Isu
Tidak direkodkan
Rujukan sendiri
Bab 14.0
Haloalkanes
19/2/14
Isu
Penekanan: Reactivity towards SN1 hydrolysis
  1. Tutorial Question 5
*No need to consider rearrangement when discuss about reactivity.
2. In a group of Nu in which the Nu atom is the same, Nu parallel basicities….
*That is also their order of basicity.


Rujuk lampiran
Bab 15.0
Hydroxy compounds
12/3/14
Isu
Penekanan
  1. Observation Lucas test .
  2. Positive Iodoform test – bagi compound yang ada methyl hydroxyl @methyl carbinol @ methyl alcohol  
  3. Oxidation boleh menggunakan 2 jenis Reagent, cara penulisan yang sama.
  4. Nucleophilic substitution- cara tulis  SOCl2  pyridine atau   PCC   CH2Cl2
  5. Acidity : EDG make O-H bond stronger,  EWG make O-H bond weaker, acidity increase.


Rujuk lampiran
Bab 16.0
Carbonyl compounds
12/3/14
Isu
  1. Menekankan Chemical test :a) Schiff’s test  b) Iodoform test.
  2. Preparation of aromatic ketone yang terkeluar silibus.
  3. Common Reducing agent untuk carbonyl, carboxylic acid, alkene and alkyne.
  4. Pembetulan tutorial 16.1
    1. Scheme 1c)
    2. Scheme no. 2 –salah
  5. Pembetulan tutorial 16.3, 16.4
    1. Tidak perlu balance equation dalam chemical test
    2. Scheme 6.c).pembetulan reagent A
    3. Scheme no 10: Perlu dibuat penambahbaikan.



Rujuk lampiran
Bab 17.0
Carboxylic acid and its derivatives
26/3/14
Isu
  1. Methanoic acid, HCOOH sebagai “reducing agent” Pembetulan dalam nota pelajar iaitu cara menulis ‘oxidising agent’ – (i) KMnO4, OH- (ii) H3O+
  2.  [Ag(NH3)2]+   OH-
  3. Pembetulan dalam tutorial, no 17.2: 1b dan 17.4: 2a
Rujuk lampiran
Bab 18.0
Amines
26/3/14
Isu
Tidak direkodkan
Rujukan sendiri
Bab 19.0
Amino acids and proteins
2/4/14
Isu
Tidak direkodkan
Rujukan sendiri
Bab 20.0
Polymers
2/4/14
Isu
Tidak direkodkan
Rujukan sendiri
                        *Tidak direkodkan – bukan bermakna tiada isu
  1. ANALISIS KAJIAN KEBERKESANAN CID
Satu kaji selidik telah dilakukan untuk melihat keberkesanan program CID kepada pensyarah unit kimia. Kajian rawak mudah ini hanya terdiri dari 15 responden sahaja yang berkesempatan menjawap soalan yang diedarkan.  Berikut adalah hasil analisis kajian tersebut.




No.soalan
1
2
3
4
5
6
7
Min
3.44
2.94
3.25
3.19
3.44
3.27
3.13
No.soalan
8
9
10
11
12
13
14
Min
3.27
3.33
3.13
3.06
3.2
3
3.31

Mengikut analisis kaji selidik yang dilakukan (skala 1-4), min bagi soalan pertama (3.43) menunjukkan pensyarah unit kimia bersetuju bahawa program CID bermanfaat. Min menurun sedikit (2.94) bagi soalan kedua, apabila merujuk kepada memberi keutamaan kepada program CID sekiranya ada program lain berlangsung serentak. Walau bagaimanapun min masih tinggi (3.25) bagi soalan 3 menunjukkan program CID mampu memberi pencerahan tentang konsep Kimia kepada pensyarah unit. Item 4, 7 dan 10 memberi min yang hamper setara (3.19, 3.13 dan 3.13). Pensyarah bersetuju program CID selama 1 jam seminggu memberi peluang untuk bersuara, memberi pendapat dan meningkat kefahaman dan membetulkan miskonsepsi dalam subjek kimia. Program CID bukanlah aktiviti yang membuang masa pensyarah dan patut  diteruskan di sesi akan dating. Ini ditunjukkan oleh min yang tinggi (3.44, 3.31) berbanding item yang lain. Pensyarah tidak bersetuju jika program CID digantikan dengan program lain, ini ditunjukkan oleh min 3.27. Pensyarah unit kimia bersetuju bantuan rakan sekerja diperlukan untuk memantapkan ilmu kimia (3.06) dan kerjasama rakan dalam unit dan Program CID berkesan meningkatkan prestasi (3.2) dan juga kemahiran dan teknik mengajar subjek kimia (3.0)
6 orang pensyarah dari 16 mengatakan topik Amine paling susah. Seorang pensyarah mengatakan semua topic adalah senang.  Seorang pensyarah mengatakan topic organik secara umumnya susah dibandingkan dengan topic kimia fizikal.

  1. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
    1.  Aktiviti CID perlu disusun lebih awal supaya mendahului kuliah dan tutorial.
    2. Pensyarah Program satu tahun dan Program dua tahun perlu digabungkan dalam aktiviti yang sama memandangkan ilmu yang diperolehi sangat penting walaupun topic pengajaran tidak sama.
    3. Perlu diterapkan kaedah pengajaran berkesan dalam program CID kerana pensyarah kimia terdiri dari beberapa kumpulan yang berbeza pengalaman mengajar dan masih memerlukan tunjuk ajar dari pensyarah berpengalaman.
    4. Menambahbaik teknik penyampaian dengan menggunakan pembentangan powerpoint dan LCD projector.

  1. KESIMPULAN
Sebagai kesimpulan dari kaji selidik keberkesanan program CID, program ini adalah baik dan membantu peningkatan prestasi pensyarah. Tidak termasuk dalam kajian ini, impak kepada prestasi pelajar. Walau bagaimana pun pensyarah memberi sambutan yang baik terhadap program CID ini. Kajian ini tidaklah begitu sempurna dari segi kaedah atau metodologinya. Dan banyak sisi yang boleh dipertikaikan dan boleh ditambahbaik. Dicadangkan kajian impak CID kepada prestasi pelajar di masa akan datang dapat dilakukan.


  1. PENUTUP
Berdasarkan Keputusan analisis kehadiran menunjukkan sambutan menggalakkan dalam kalangan pensyarah unit Kimia. Hasil kajian juga menunjukkan arah yang sama. Maka kesimpulannya program ini baik diteruskan pada semester akan datang iaitu semester 1, sesi 2014/2015.


Laporan disediakan oleh,

…………………………
(RODZIAH BT ISMAIL)



Kaji selidik Program ‘Chemistry Intelectual Discourse’ (CID)
Arahan: Jawab semua soalan dgn jujur dan ikhlas. (sangat tak setuju<.. /…>sangat setuju).
Bil
Item soalan
STS
TS
S
SS
1
Program CID memberi banyak manfaat kepada saya




2
Program CID keutamaan saya jika bertindan dengan program lain.




3
Saya mendapat pencerahan melalui program CID




4
Dalam CID saya berpeluang menyuarakan pendapat tentang kefahaman konsep kimia saya




5
Masa saya terbuang bila menghadiri program CID




6
Selepas menghadiri 1 jam sesi CID, saya lebih keliru




7
Masa 1 jam seminggu adalah mencukupi utk CID




8
Program CID perlu diganti dengan program lain




9
Tahniah kepada semua rakan dalam unit, commitment anda,  kejayaan saya juga




10
Melalui CID saya sedar kesilapan/miskonsepsi saya




11
Saya perlu bantuan rakan dalam unit supaya lebih mantop ilmu saya.




12
Program CID setelusnya berkesan kepada prestasi saya.




13
Kemahiran/teknik mengajar I meningkat dgn program CID




14
Program CID ini patut diteruskan pada sesi akan datang





15. Kalau suka tulislah nama:…………………………………………………………..
16. Saya dah mengajar :  1-3 thn………,  4-6 thn………, 7-9 thn…….,10 thn keatas………
17. Saya ni:     Lelaki……………., Perempuan…………….
18. Dulu saya graduate dari: UPM:…….., UM:………, USM:………, UKM:………,UMS:……..,  UPSI:………...,Lain2:…………
19. Pada saya topik yang paling susah sesi ini ialah:………………………………………
20. Sebagai penambahbaikan saya cadangkan: …………………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………………

No comments:

Post a Comment