Monday, 20 April 2015

Bercuti..Sepetang bersama Ibu..


Bertemu ibu sebelum berangkat..


Otw balik ke Ps, singgah batu 9, tempat perhentian yang biasa..




Tak boleh by past begitu sahaja..tengoklah betapa menariknya..






Cuaca gelap mendung,, 19 April 2015. Belum masuk waktu maghrib lagi ni. Matahari masih tinggi.. di Perlis waktu ini dah hujan, angin ribut kata mereka.. Di Alor Setar rintik2.



Waktu ni sebenarnya dah lepas maghrib, dalam cahaya Kilat nampak macam masih siang.







Dah malam..













Saturday, 18 April 2015

PSPM2, 2014/2015..Mula isnin..

Jadual PSPM 2


20 April hari pertama- kena datang awallah. Macam-macam perlu di taklimatkan..

Hari pertama dah selesai..Alhamdulillah..


Reset, Go, Excell..

Apa kisahnya ni..mana yang lain??
Yg lain terperangkap dalam DK Matematik...




Saya ditugaskan mengambilalih aktiviti hari ni, kebetulan Ketua unit ada meeting. 
Program Reset, Go, excell kali ke 3 . Tempat DK4 Jam 10.00-11.00 am.
Kebetulan pula Ketua unit tidak hadir pula kerana bapa mertuanya meninggal.
Bila saya sampai agak sedikit terlewat (kerana menziarah jenazah) DK4 telah digunakan oleh orang lain, pensyarah Matematik. Beliau memaklumkan akan menggunakan DK4 tersebut dan mencadangkan saya menggunakan DK5 bersebelahan. Inilah hasilnya.. masalahnya ramai pelajar yang ingin belajar Kimia dah terpaksa belajar Matematik kerana terperangkap dalam DK4 dan tidak faham situasi yang sedang berlaku. Jadi saya pun mengajar sebilangan pelajar 9 orang yang berada di DK5 tersebut. Di mana silapnya ?


Monday, 13 April 2015

Study week bermula..

lega.. anak2 pelajar M3T1B sesi 2014/2015

14 April 2015, depan perpustakaan






17 April 2015, dalam pejabat






Tuesday, 7 April 2015

Ku Pohon Restumu..sesi 2014/2015









Terima kasih Pn pengacara majlis.
Bismillah Arrahman  Arrahim.
Yg Berbahagia Tuan Pengarah Kolej Matrikulalasi Perlis
Tuan Nuzrin B. Nuiman

Yang berusaha Ketua-ketua Jabatan, Ketua2 Unit, Pensyarah2 Kanan, Rakan2 Pensyarah serta semua pelajar  yang dikasihi sekelian.
Assalamualaikum wr. Wb. Dan salam bahagia kepada yang bukan muslim,
salam satu Malaysia.

Marilah kita menjadi orang yang bersyukur. Bersyukur kerana kita masih berpeluang menghirup udara segar di perkampungan KMP ini.
Bersyukur kita Masih berpeluang untuk belajar dan menuntut ilmu, ada orang yang tak berpeluang atau berkesempatan belajar hingga ke peringkat lebih tinggi atau Menjawat jawatan yang lebih tinggi. 
Semoga kita semua diberi petunjuk secara berterusan oleh pemilik alam ini. amin..

Saya berdiri di hadapan ini adalah sebagai wakil pensyarah untuk majlis POHON RESTU  INI.
Terima kasih atas kepercayaan yang diberikan ini. 

Pelajar2 yang dikasihi sekalian,
Diam tak diam kita sudah hampir ke hujung sesi 2014/2015.
Masih tergambar wajah2 pelajar yang menggalas beg di minggu MPPB sesi 2014/2015, sibuk mencari kelas, mencari kumpulan mentee. Yang lambat masuk kumpulan akibat tersesat jalan pun ada..

Sepanjang minggu MPPB,
Banyak pesanan, peringatan dari pensyarah, tunjuk ajar tentang pengurusan masa, pengurusan kewangan dan sebagainya dari mentor2 pelajar, semuanya perlu diserap segera.
Selepas itu minggu2 seterusnya pelajar sibuk dengan aktiviti Pd P dan juga aktiviti KoKu. Kesemuanya aktiviti tersebut boleh menyakinkan pelajar2 bahawa anda semua memang  berpeluang untuk cemerlang, berpeluang untuk menjadi sempurna.

Kami semua memang faham sangat segala kesibukan pelajar2, dengan jadual yang agak padat, namun anda semua tetap diajar, diasuh, dinilai  dan diuji . 

Berbekalkan segala kemudahan, infrastruktur dan teknologi yang ujud di KMP ini, berserta dengan kebijaksanaan para pensyarah , menggunakan pelbagai teknik menyampaikan pengajaran.
Para pensyarah sentiasa membuka peluang pelajar2 datang untuk bertanya berkenaan subjek masing masing. Yang penting pada kami, di akhirnya kami ingin melihat KEMENJADIAN anda semua.

Anak2 yang dikasihi sekelian,
Cabaran belum berakhir, satu lagi cabaran besar, ialah PSPM 2 yang tidak lama lagi akan kamu tempuhi. Masa yang ada sedikit lagi, minggu ulangkaji ini gunakanlah  semaksimun mungkin, di samping mengutamakan kesihatan dan keselamatan diri. Beri peluang untuk semua subjek mendapat final touch dari kamu.
Kaji jadual peperiksaan, susun subjek mana yg nak dilihat dulu.

Lupakan seketika aktiviti yg nak serooonok dan melekakan, focus kepada cabaran akhir ini, PSPM 2.  
Sebagaimana yang telah anda semua janjikan minggu lepas, dalam program dialog prestasi. 4 flet 100%. Berdoalah .. semoga beroleh keberkatan. Dan soalan peperiksaan jadi mudah belaka..

Kami pensyarah2 pun nak tuntut yang ni juga. Kami layak dapat yang itu. 

Anak2 Nak tau tak kenapa saya katakan begitu?

Semua pensyarah di KMP mempunyai ciri2 guru abad ke -21.

-Pensyarah2 menguasai subjek  masing2 yang kami curahkan kepada anak2 semua.
-Kami mahir dan kompeten dalam pedagogi atau andragogy dalam PDP.
-Kami juga memahami perkembangan  anak2 semua dan kami menyayangi anak2 semua.
-Kami memahami psikologi pembelajaran anak2 semua, dimana2 saja, bila2 masa saja boleh buat ubahsuai.
-Kami aplikasikan kemahiran kaunseling dan kami juga menggunakan  teknologi dalam membantu pembelajaran anak2 semua.
Complete…sebab itu kami layak menuntut 100% 4 flet yang anda janji itu.


Antara ciri pembelajaran abad-21 

Semua pensyarah pandai menseimbangkan antara teknik pembelajaran lama dan teknik pembelajaran baru. Yang penting KESEIMBANGAN. Keseimbangan inilah yang menjadi kunci pembelajaran Abad ke-21.
Tau tak?
Sebenarnya kejayaan lepasan matrikulasi telah dipuji dan disebut2 oleh pensyarah IPT,  kamu tahu tidak??? kalau tak tahu saya nak maklumkan..ayatnya begini:
(Cuma ada sedikit ayat tambahan…)

Pelajar lepasan matrikulasi cemerlang di matrikulasi, ………………….. di IPT.  

Anak2 lapor diri di IPT, lenggang lenggok kamu diperhatikan dari jauh lagi…
Jika anda semua ditanya.. Apa pensyarah matrikulasi buat supaya kamu cemerlang ?
Anda semua perlu jawab, jawablah bagi pihak kami..
Sejak awal anak2 melapor diri di matrikulasi, semua pelajar sudah ada group kecemerlangan masing2. .
-banyak aktiviti kecemerlangan telah dilaksanakan sehingga anak2 semua mampu Berjaya cemerlang..

Teruskanlah kecemerlangan anak2 semua, walaupun selepas berjaya masuk universiti.
Pastikan Graf kecemerlangan kamu kena meningkat3 bukanlah nak bermula  dari kosong bila lapor diri di IPT…

Kami mengharapkan, kami yakin, dan kami percaya..selama anak2 di KMP ini dah banyak kemahiran yang anak2  perolehi:
-kemahiran belajar(kolaboratif, berkomunikasi, pemikiran kritis, kreatif)
-kemahiran mencari maklumat, menggunakan media dan teknologi)
-kemahiran hidup dari masa ke semasa perlu dipelajari dan kutip pengalaman berinteraksi dgn pensyarah dan disesuaikan dgn suasana baru nanti. 
Anak2 perlu sentiasa belajar dan tingkatkan daya usaha, kemahiran bersosial dan fleksibel, berani jadi ketua dan produktif.
Semua itu merupakan ciri2 pelajar abad ke 21. 
Semua kemahiran2 itu anak2 sudah perolehi  sepanjang masa hidup di bumi di KMP ini. 

Kami mengharapkan di IPT nanti anak2 tidak lupa kepada persahabatan di KMP. Gunakan teknologi yang ada, tambah group wassup. Update maklumat tentang KMP. Dan jika ada seruan untuk Alumni, sertailah demi untuk kebaikan..

Akhir sekali,
Anak2 yang dikasihi sekelian..kami dengan rendah hati merestui segala ilmu, pengorbanan  dan tunjuk ajar yang telah kami curahkan.
Dan mohon iringilah kami dalam doa anak2 sekalian. Tidak kiralah walau di mana anak2 pergi.
Selamat maju jaya dan beroleh kemerlangan dalam PSPM 2 nanti..
Wallahualam
Assalamualaikum wr. Wb.  

Dalam majlis ini saya telah diberi kepercayaan untuk mewakili pensyarah KMP utk memberi ucapan.

Perjalanan yang lebih jauh..Penuh Muhasabah..





http://www.booking.com/hotel/sa/al-mukhtara-international.ms.html


http://www.booking.com/hotel/sa/haneen-al-firdous.id.html






Monday, 6 April 2015

PEMBELAJARAN ABAD KE 21..OOO GITU..















PERJALANAN YG JAUH...KMPk.

Tak sangka perjalanan ke Kolej Matrikulasi Perak ambil masa hampir 7 Jam dari Kolej Matrikulasi Perlis.

Antara Sungai Petani dgn Tikam batu ambil masa hampir 2 jam.. Jem..


 Bengkel/ Taklimat dah selesai, menunggu van untuk pulang.

 Bersama pelajar Kolej Matrikulasi Perak.

 KJ Nonisohaila bersama kakaknya di KMPk, melepaskan rindu..


 Matahari 6 April 2015 dalam perjalan pulang. Sungai Petani..