Yg lain terperangkap dalam DK Matematik...
Saya ditugaskan mengambilalih aktiviti hari ni, kebetulan Ketua unit ada meeting.
Program Reset, Go, excell kali ke 3 . Tempat DK4 Jam 10.00-11.00 am.
Kebetulan pula Ketua unit tidak hadir pula kerana bapa mertuanya meninggal.
Bila saya sampai agak sedikit terlewat (kerana menziarah jenazah) DK4 telah digunakan oleh orang lain, pensyarah Matematik. Beliau memaklumkan akan menggunakan DK4 tersebut dan mencadangkan saya menggunakan DK5 bersebelahan. Inilah hasilnya.. masalahnya ramai pelajar yang ingin belajar Kimia dah terpaksa belajar Matematik kerana terperangkap dalam DK4 dan tidak faham situasi yang sedang berlaku. Jadi saya pun mengajar sebilangan pelajar 9 orang yang berada di DK5 tersebut. Di mana silapnya ?
No comments:
Post a Comment