Monday, 26 January 2015

KURSUS DAN BENGKEL YG PERNAH KU HADIRI..

Saya paparkan di sini bahan kursus dan Bengkel yang pernah dihadiri. Dengan harapan ia dapat dimanfaatkan oleh pembaca lain dan tidak hilang begitu saja..

PENULISAN JURNAL ILMIAH
Tempat Kursus: Kolej Matrikulasi Melaka.
Penceramah:......

PANDUAN PENULISAN RENCANA ILMIAH – JURNAL
Dwibahasa

Rencana boleh ditulis dalam bahasa Inggeris atau bahasa Malaysia

FORMAT PENULISAN RENCANA ILMIAH – JURNAL

1. Tajuk
2. Nama pengarang
3. Abstrak
4. Kata kunci (kata kunci dalam objektif)
5. Teks
Pengenalan
Kaedah dan bahan
Hasil/Keputusan
Perbincangan
Kesimpulan
Penghargaan
Rujukan
Alamat pengarang

1. TAJUK
- Tajuk perlulah ringkas dan tepat yang menerangkan tentang kandungan dan bidang
penyelidikan.

2. NAMA PENGARANG
- Nama pengarang yang terlibat di dalam penyelidikan.

3. ABSTRAK
- Ringkasan kandungan teks yang ditulis di antara 150-200 perkataan. Abstrak perlu
mengandungi tujuan dan tumpuan kajian, bahan dan kaedah yang digunakan,
penemuan atau hasil utama penyelidikan dan kesimpulan yang penting dan utama.

4. KATA KUNCI
- Perkataan pendek, terminologi atau kata kunci dalam pembolehubah dan objektif
kajian.

5. TEKS
PENGENALAN
- Menerangkan tujuan dan kaedah penyelidikan secara umum dan khusus.
- Sebab dan kenapa kaedah tersebut dipilih.
- Menjelaskan tentang sampel kajian yang dipilih.
- Hasil penyelidikan.
- Menerangkan istilah dan kependekan yang digunakan.

 KAEDAH DAN BAHAN
- Menerangkan reka bentuk kajian.
- Bahan yang digunakan dengan menyatakan spesifikasi teknikal
dan kuantiti serta sumbernya atau kaedah penyediaan nama-nama
genetik atau nama kimia. Perlu dinyatakan dengan tepat supaya ahli
sains yang lain dapat merujuk kepada bahan kimia yang sama apabila
mengulangi ujikaji yang sama.

HASIL/KEPUTUSAN
- Ringkas dan jelas.
- Laporan yang mewakili data.
- Jadual, rajah dan rajah perlu dinomborkan.
- Elakkan data yang berulang.

PERBINCANGAN
- Pengarang menerangkan tujuan, hasil dan kesannya kepada kajian masa
hadapan.
- Menunjukkan bagaimana hasil kajian bertepatan atau tidak dengan hasil
kajian yang telah diterbitkan sebelumnya.
- Membincangkan implikasi dari hasil kajian.

RUMUSAN
- Merumuskan dengan menulis kata kunci terpenting dari dapatan kajian.
- Menyatakan tentang pentingnya hasil kajian kepada kepenggunaan
komuniti.

PENGHARGAAN
- Pengarang mengucapkan ucapan tarima kasih kepada pihak terlibat
seperti jabatan, orang perseorangan, firma, tuan punya premis dan
sebagainya.

RUJUKAN
- Senarai rujukan dari buku teks dan jurnal.
- Senarai rujukan dari bahan penyelidikan.
- Senarai rujukan dari website, akhbar, artikel dsb.
- Bukti-bukti asli seperti gambar fosil dsb.

ALAMAT PENGARANG
- Alamat tempat bekerja.
- Alamat e-mail.

  
SENARAI SEMAK
PENULISAN RENCANA ILMIAH

No
Perkara
Tandakan /atau x
1
Tajuk

2
Nama Pengarang

3
Abstrak

4
Kata Kunci

5
Pengenalan

6
Kaedah dan Bahan

7
Hasil/Keputusan

8
Perbincangan

9
Kesimpulan

10
Penghargaan

11
Rujukan

12
Alamat Pengarang



PENULISAN BIBLIOGRAFI

APA DIA BIBLIOGRAFI?

ñ Satu senarai bahan seperti buku, majalah atau bahan cetak lain yang boleh dijadikan bahan rujukan untuk mendapatkan maklumat.
ñ Satu senarai bahan dari mana rujukan telah dibuat untuk menulis berkenaan dengan sesuatu perkara.

MENGAPA PERLU BIBLIOGRAFI?

ñ Mengesan sumber dari mana maklumat boleh diperolehi bagi tujuan merujuk mengenai sesuatu perkara.
ñ Mengesan sumber dari mana sesuatu maklumat yang dinyatakan oleh seseorang penulis telah dijumpai.
ñ Menyemak dan mempastikan kebenaran sesuatu maklumat yang dinyatakan oleh seseorang penulis.
ñ Membekalkan sumber kepada pembaca yang bertujuan membuat rujukan lanjutan berkaitan maklumat yang telah dinyatakan oleh penulis.

Apakah bahan yang boleh dijadikan komponen bibliografi?

Segala jenis bentuk bahan [buku,artikel dalam majalah/jurnal/akhbar, filem, program komputer dll.] boleh dijadikan sumber bagi menulis bibliografi.

CARA-CARA MENULIS BIBLIOGRAFI

1. Penulisan bibliografi bermula dengan nama pengarang
ñ Nyatakan nama pengarang seperti yang tercatat pada bahan. Jika buku – nama seperti yang tercatat pada muka surat judul.
ñ Nyatakan NAMA Penuh pengarang jika Melayu. Jika bukan Melayu,nyatakan NAMA KELUARGA dan diikuti dengan tanda koma dan kemudian singkatan huruf bagi setiap nama berikut pengarang berkenaan. Setiap singkatan nama diakhiri dengan noktah.
ñ Jika DUA pengarang, nyatakan kedua-duanya dan gunakan simbol ‘&’ di antara kedua-dua nama. Jangan gunakan perkataan ‘dan’.
ñ Jika LEBIH DARI DUA pengarang nyatakan hanya nama pengarang yang muncul terdahulu dalam muka surat judul dan diikuti dengan singkatan ‘et.al.’ yang bermaksud ‘dan lain-lain’
ñ Pangkat pemberian seperti DYMM, Datuk, Dr.. Haji dan Tuan tidak dinyatakan. Namun pangkat nama asal seperti Syed, Tunku, Raja, Nik dan lain-lain perlu di tulis.
ñ Jika tiada pengarang anda boleh memilh:
- Penyunting diikuti dengan (penyunting)
- Penerbit diikuti dengan (penerbit)
- Penyampai diikuti dengan (penyampai)
- Judul buku
- Judul artikel/kertas kerja
- Judul bahan bukan cetak diikuti dengan [jenis media]
Mengikut mana yang boleh didapati sebagai ganti tempat pengarang.
2. Nyatakan tahun penerbitan dalam kurungan ( ) atau tanpa kurungan dan diakhiri dengan noktah.
3. Nyatakan JUDUL bahan dengan penuh (jika buku – seperti yang tercatat pada muka surat judul), gariskan dan diakhiri dengan tanda noktah. Italik boleh digunakan mengantikan garisan.
ñ JUDUL di sini bermaksud tajuk buku, nama majalah, jurnal atau surat khabar dan BUKAN tajuk sesuatu artikel di dalam bahan berkenaan.
ñ Gunakan huruf besar hanya untuk huruf pertama perkataan pertama judul.
4. Jika sumber merupakan sebuah artikel/kertas kerja di dalam sebuah buku/majalah/jurnal (atau lagu dalam sebuah album) dan terdapat nama pengarang artikel, judul artikel ditulis tanpa digariskan dan diakhiri dengan noktah SEBELUM menulis judul judul bahan.
5. Jika bahan merupakan edisi yang baru, nyatakan edisi dalam kurungan seperti (Edisi ke 2) SETELAH menulis judul bahan
6. Nyatakan tempat terbitan dengan ringkas dan akhiri dengan tanda : (titik bertindih). Kemudian nyatakan nama penerbit dengan ringkas.
ñ Akhir dengan koma jika perlu menulis jilid atau halaman rujukan.
ñ Jika tidak, akhiri dengan noktah.
7. Jika bahan merupakan akhbar, majalah atau jurnal, akhiri judul bahan tanda koma dan tuliskan butiran jilid yang diakhiri dengan koma seperti berikut:
a)akhbar – tarikh dan bulan The Star,29 Mac,
b)majalah bulanan – bulan Wanita,Julai,
c)terbitan berkala – jilid (digariskan) Wawasan, 5,
jilid (bilangan dlm kurungan) Pendidik, 15 (2)
8. Nyatakan muka surat (halaman) rujukan jika telah merujuk kepada halaman tertentu dalam bahan selepas butiran penerbit atau jilid. Tuliskan dalam bentuk – hlm 25 atau hlm 203-206 (boleh ditulis tanpa singkatan hlm) dan akhiri dengan noktah. Jangan mulakan dengan tanda : (contoh :hlm 25) Tanda : hanya digunakan untuk catatan dalam teks)
9. Jarakkan setiap butiran di atas dengan hanya satu ensotan (space).
10. Semua butiran bibliografi perlu ditulis dalam ayat-ayat yang berterusan dan aksara pertama baris itu diensotkan 5 ensotan berbanding baris kedua.
11. Bibliografi disusun mengikut abjad perkataan pertama penulisan bagi setiap bahan yang ada di dalam senarai bahan rujukan.
12. Ringkasan kandungan bahan boleh ditulis dalam dua atau tiga ayat yang ringkas diakhiri bibliografi bagi tujuan mengingatkan penulis atau mengenalkan pembaca tentang jenis serta kandungan bahan yang menjadi rujukan itu. Ia dikenali sebagai ANOTASI. Walau bagaimanapun ANOTASI jarang ditulis dalam bibliografi.

FORMAT PENULISAN

1. SATU pengarang.
Pengarang (tahun terbitan). Judul bahan. Tempat terbitan: Penerbit.
Contoh:
Asmah Omar (1986). Bahasa dan alam pemikiran Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.
2. DUA pengarang.
Pengarang & Pengarang Bersama (tahun terbitan). Judul bahan. Tempat terbitan: Penerbit, halaman rujukan.
Contoh:
Mok, S. C. & Lee, S. M. (1986). Kurikulum baru sekolah rendah ‘Tahap 1’. Kuala Lumpur: Heinemann (Malaysia).
3. TIGA pengarang atau lebih.
Pengarang Utama et. Al. (tahun terbitan). Judul bahan (edisi). Tempat terbitan: Penerbit, halaman rujukan.
Contoh:
Nazaruddin Mohd Jali, et. Al (1989). Aktiviti kajian penyelidikan dan penilaian di bawah pinjaman Bank Dunia 1986-1990: Pengurusan kemudahan sekolah termasuk pusat sumber pendidikan bagi sekolah-sekolah rendah dan sekolah menengah – ringkasan eksekutif. Kuala Lumpur: Kementerian pendidikan malaysia, hlm 27.
4. Tulisan dalam sebuah bab buku atau artikel dalam sebuah majalah.
Nama pengarah (tahun terbitan). Tajuk artikel/ bab. Judul bahan (edisi). Tempat terbitan: Penerbit, Jilid (bilangan), halaman rujukan pertama, halaman rujukan kedua.
Contoh:
Abdullah Bakri (1990). Pusat kegiatan guru dalam konteks difusi dan penerapan teknologi pendidikan. Wawasan. 15 (4), hlm 47-57.
5. Tiada nama pengarang tetapi ada nama penerbit.
Nama penerbit. (tahun terbitan). Judul bahan. Tempat terbitan: Penerbit.
Contoh:
ñ Malaysia. (1976). Rancangan Malaysia ke tiga 1976-1980.
ñ Kementerian Pendidikan Malaysia. (1982). Report of a study tour to the Netherlands, Great Britain,India and Sri Lanka. Kuala Lumpur: Malaysia, Kementerian Pendidikan, Bahagian penyelidikan dan perancangan pendidikan.
ñ Kementerian Pendidikan Malaysia (1991a). Laporan status pusat kegiatan guru (PKG). Kuala Lumpur: Malaysia, Kementerian pendidikan, Bahagian Teknologi Pendidikan.
ñ Kementerian Pendidikan Malaysia (1991b). Pusat kegiatan guru [risalah maklumat]. Kuala Lumpur: Malaysia, Kementerian pendidikan, Bahagian Teknologi Pendidikan.
ñ Kementerian Pendidikan Malaysia (1991c). Pusat kegiatan guru – konsep dan pengoperasian. Kertas kerja mesyuarat jawatankuasa perancangan pendidikan. Kuala Lumpur: Malaysia, Kementerian pendidikan, Bahagian Teknologi Pendidikan.
6. Tiada pengarang tetapi ada PENYUNTING.
Nama penyunting (penyunting) (tahun terbitan). Tajuk artikel/bab. Judul bahan (edisi). Tempat terbitan: Penerbit, halaman rujukan.
Contoh:
Ankrah-Dove, L. (penyunting) (1977). Teacher group and centers in developing countries. London: t.p.
7. Bahan bukan cetak.
Judul bahan [jenis media] (tahun terbitan). Tempat terbitan: Penerbit.
Contoh:
DOS 6.0 [program komputer] (1993). Amerika Syarikat: Microsoft technology.
Nama penerbit/pengubah (penerbit/pengubah). Nama pengarah/penulis lirik (pengarah/penulis lirik) (tahun terbitan). Tajuk lagu. Judul album [jenis media]. Tempat terbitan: Penerbit.
Contoh:
Julie Dahlan (penerbit), Aziz M.Osman (pengarah) (1994). Putera [filem]. Kuala Lumpur: J.D. Productions.
8. Artikel akhbar dengan nama pengarang.
Nama penulis (tahun terbitan). Judul artikel. Judul akhbar. Tarikh terbitan.
Contoh:
Shahrul Azil Mohd Shukor (1994). Melahirkan golongan ulama era permodenan. Berita harian. 11 Mac.
9. Artikel akhbar tanpa nama pengarang.
Judul artikel (tahun terbitan). Judul akhbar. Tarikh terbitan.
Contoh:
Kerajaan tambah 150 lagi pusat kegiatan guru (1992). Berita harian. 22 Oktober.
10. Perkara yang dialami sendiri oleh penulis.
Nyatakan dengan seberapa tepat butiran penyampai, majlis dan tempat majlis berlangsung.
Contoh:
Othman Jantan (penyampai) (1993). Taklimat pengoperasian pusat kegiatan guru kepada pengetua dan guru besar daerah Hulu Selangor di PKG Sg. Choh Rawang Selangor.

CONTOH-CONTOH CATATAN DALAM TEKS

1. Berdasarkan NAMA PENGARANG

a) Asmah (1986) pula menyatakan persepsi adalah merujuk kepada aktiviti-aktiviti mental…………. .
b) …….. dan pancaindera manusia yang terlibat dalam menyedari, menyaksi dan mentafsir kejadian-kejadian yang berlaku dalam alam sekelilingny (Asmah Omar, 1986).
c) Dalam konteks ini Abdullah Bakri (1990) ada menyebut:
“PKG jangka …………………….………………………………….…………” (Abdullah Bakri, 1990:48)
d) The teachers’ centre relies on practising teachers defining and initiating their own in-service work (Husen & Postlethewaite, 1985 : 5045 – 5046).
e) Dari segi ruang, Nazaruddin et. Al., (1989) telah membuat perakuan berikut:
“Diandaikan juga ………………….………………….bilik mandi dan bilik rehat (Nazaruddin et.al., 1989;27
f) ………. Seperti yang telah diterjemahkan oleh Zainal Abidin (1990) dari Johansen (1975).
g) Kamil (1987) ada menyebut bahawa Thomas (1984) telah mendapati bahawa tidak semua yang ada di PKG aitu berguna untuk guru (Kamil Ahmad, 1987:23).

2. Bahan tanpa nama pengarang

a) Dari itu timbullah keperluan mengadakan satu rangkaian Pusat Sumber Pendidikan yang lengkap dan sistematik di setiap peringkat pendidikan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1990:5)
b) Memandangkan kepentingan PKG, kerajaan akan menambah lagi 150 buah bangunan PKG diseluruh negara (Berita Harian, 22.10.92)
c) Sesungguhnya PKG amat penting kepada pembangunan pendidikan di negara Malaysia (Dewan Masyarakat, Mei 1994).

3. Rujukan daripada beberapa bahan yang diterbitkan dalam tahun yang sama oleh orang/badan yang sama.
a) PKG menjurus ke arah satu matlamat membudayakan teknologi pembelajaran di kalangan guru-guru (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1991a:7).

No comments:

Post a Comment