Friday, 27 March 2015

Kursus Pembentangan PdP di Hotel Eastin


Semasa majlis Penutup bersama Pengarah Bahagian Matrikulasi, 27 mac


Dr Zainal Aalam, Pengarah BMKPM terkini. 2015

Pensyarah digesa supaya sentiasa meningkatkan diri. Berusaha sendiri untuk menambah ilmu melalui smart phone. Semua maklumat ada di hujung jari. Pensyarah perlu mengkaji PPPM. Perlu mengetahui 6 aspirasi murid 3 aspirasi sistem. 11 anjakan 3 gelombang. Tuan Pengarah menuntut sumbangan dari pensyarah matrikulasi.
Matrikulasi kedudukannya di tengah antara Pendidikan menengah dan IPT. Pensyarah perlu ambil tahu PPPM IPT (7 april akan dibentangkan).
Pensyarah matrikulasi perlu strong content knowledge sebab tu kita cuba link pensyarah matrikulasi dengan pensyarah universiti di mana mana peluang yang ada. 

Satu persoalan kenapa pelajar lepasan matrikulasi cemerlang di Matrikulasi kecundang di IPT? Beri 100 sebab.

7-8 orang bangun memberi respon masing-masing antaranya, tempoh pengajian di matrikulasi terlalu pendek, pelajar tidak sempat menghadzam isi pelajaran yang banyak.
Masa pembelajaran sangat terhad. Bilangan subjek dipelajari juga sangat banyak, subjek teras, subjek wajib berbanding tingkatan 6. Kekadang subjek wajib melebihi subjek teras dari segi tugasannya. (ini kata kata Pengarah BMKPM). Jadual waktu yang sangat padat menyebabkan pelajar lost, sebelum sempat mengulangkaji. Ada pensyarah mencadangkan program PDT diperluaskan berbanding PST. Mungkin pelajar ada masa yang lebih banyak untuk memahami isi pelajaran. 
Ada yamg mengatakan pembelajaran di matrikulasi berorientasikan 'spoon-feeding'. Pelajar disediakan nota dan jawapan tugasan dan tutorial. Masa pertembungan bagi subjek juga telah dipendekkan. Kalau dulu jam pertembungan subjek teras 4 jam kuliah, sekarang tinggal 3 jam sahaja. Dengan silibus yang banyak pensyarah tiada banyak pilihan kaedah pengajaran dan pelajar tidak sempat mengulangkaji pelajaran. Pada pendapat saya pelajar matrikulasi sangat sangat dijaga oleh pensyarah matrikulasi. Dari mula kemasukan lagi. pensyarah di unit masing masing mula menganalisis pencapaian SPM pelajar. Dari situ, pelajar dibahagikan kepada kumpulan mengikut prestasi awal. Sejak sebelum UPS lagi pelbagai program telah dijalankan untuk meningkatkan prestasi pelajar. Banyak peruntukan kewangan digunakan untuk aktiviti aktiviti tersebut. Pelajar dibimbing dari masa ke semasa bukan sahaja dalam kelas tutoran oleh tutor masing masing, malah dibantu oleh penyelaras program sehinggalah pelajar itu beroleh kejayaan. Apabila pelajar keluar dari sistem matrikulasi dan memasuki IPT, apakah program yang sewaktu dengannya dianjurkan juga oleh IPT? sudah tentu tidak.. Ada juga pensyarah bersuara atau memberi pendapat bahawa pelajar yang memasuki matrikulasi bukan yang terbaik, setelah ditapis untuk program lain.  Program satu tahun dan program dua tahun juga disebutkan sebagai menjadi faktor mempengaruhi pencapaian pelajar. Diakhirnya Pengarah menyebut bahawa IPT tidak menghadapi masalah Kuantiti dan Kualiti. Masalah ini matrikulasi yang hadapi. Itu kekangan yang kita ada sekarang.

Tuan pengarah menggalakkan pensyarah melakukan CRR (classroom research) dan PLC (profesional learning community). Buat kajian berkenaan Classroom, bukan kajian tentang dasar. Pengarah juga mencadangkan dilihat semula cara penyampaian pensyarah di kolej. Adakah ia bersesuaian dengan pembelajaran abad 21 ini?. Adakah ia student centred?, subject centred? Perlu perhatian selanjutnya...akan dipantau oleh BMKPM (kata pengarah)



Menunggu ketibaan Pengarah BMKPM, Dr Zainal Aalam



bersama rakan setugas Hashimah Yon dari KM Kedah dan Noor Hayati dari KM Selangor.

No comments:

Post a Comment